10 sifat Wanita yang disukai Pria
1. Sifat Keibuan
Banyak
lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil
berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki
berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati
ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan
sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri
masing-masing.
2. Keanak-anakkan
Dalam
batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda
tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan
hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan
wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita
ceria membuatkan lelaki lebih berghairah.
3. Penuh Pengertian
Sikap
pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang
tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki
melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan
kata-kata yang kasar atau menuduh yang bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
4. Menghargai
Wanita
yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan
wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai,
dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari
wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan
Lelaki
menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,
pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang
terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara
tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga
menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.
6. Pandai Berbicara
Lelaki
tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan
sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan
pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta
mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka
serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita
yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara
berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan
suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan
diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar
atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki
suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk
diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa
yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia
tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.
9. Simpati dan prihatin
Lelaki
suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar
dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
10. Solehah
Lelaki juga suka pada wanita yang solehah (islamic) dan ini juga adalah salah satu dari tuntutan-tuntuan syarak.
0 komentar:
Posting Komentar